Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas ICT bagi sesi 2011/2012 telah dijalankan dengan berjayanya pada 22/8/2011 di Dewan Sekolah MGSKL. Seramai 29 Pengawas Pusat Sumber yang baru telah dilantik oleh Puan Pengetua iaitu Puan Phoon Yoke Meng dan 16 Pengawas ICT pula dilantik oleh Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum Pn. Thamilchelvi.